SMART JAWI - Langkah kecil untuk bina keyakinan Jawi.
Belajar Jawi tak semestinya kena menghafal sampai anak rasa bosan. Dengan SMART JAWI, anak belajar secara berperingkat melalui eksplorasi visual, kenal bentuk huruf, faham bentuk sambungan dan bina perkataan dengan lebih mudah.
✨ Belajar sikit-sikit. Faham langkah demi langkah. Lama-lama jadi pandai.
Direka khas untuk eksplorasi Jawi kanak-kanak. Print & buat berulang kali.
Kadang-kadang bukan sebab anak tak boleh belajar. Cara belajar tu yang mungkin terlalu susah atau terlalu banyak untuk mereka faham sekali gus.
Huruf Jawi boleh berubah bentuk apabila berada di awal, tengah, akhir atau berdiri sendiri.
Anak kenal huruf, tapi bila huruf mula bersambung… terus jadi blur.
Bila mula gabungkan huruf menjadi suku kata dan perkataan, anak mula hilang keyakinan.
Kalau cara terlalu padat dan monotonous, anak mudah hilang minat untuk terus meneroka.
SMART JAWI direka untuk bantu anak belajar daripada yang paling asas → faham bentuk → kenal sambungan → mula gabungkan huruf → bina perkataan.
Bukan terus campak anak dengan perkataan yang susah. Kita bina asas dulu.
SMART JAWI bukan sekadar menyalin huruf.
Anak dapat melihat dengan lebih jelas bagaimana huruf berubah apabila disambungkan.
EksplorasiProses yang membantu anak mula memahami bagaimana huruf digabungkan untuk membentuk bunyi.
Mula GabungDengan proses yang dibuat secara berperingkat, anak dapat dibantu untuk:
Tak perlu setiap hari fikir: “Nak ajar Jawi dari mana ya?”
Dengan SMART JAWI, ibu ayah boleh jadikan masa belajar sebagai aktiviti ringkas di rumah. 10–15 minit sehari pun boleh dimanfaatkan untuk proses faham yang konsisten.
Simple. Tapi konsisten.
Kami percaya anak tak perlu dipaksa menghafal semuanya sekaligus. SMART JAWI menggunakan konsep:
Supaya anak boleh belajar mengikut langkah mereka sendiri.
Tak perlu kejar banyak halaman. Fokus pada pemahaman.
Daripada mengenal bentuk huruf, memahami sambungan sehingga membina perkataan — semuanya disusun supaya anak belajar secara berperingkat.
Bila anak selalu rasa "susah", lama-lama mereka boleh mula rasa "saya memang tak pandai Jawi." Kita tak nak macam tu.
Kita nak mereka rasa:
"Ohhh… rupanya macam ni!"
"Saya boleh buat!"
"Nak buat lagi!" ❤️
SMART JAWI sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membina asas Jawi dan memerlukan aktiviti tambahan secara berperingkat.
Tak semestinya. Ibu ayah boleh gunakan bersama anak di rumah sebagai aktiviti ulang kaji dan eksplorasi santai.
Tidak. Aktiviti direka untuk membantu anak mengenal bentuk huruf, memahami sambungan, menggabungkan huruf dan membina bacaan secara berperingkat.
Ya, terutama anak yang masih memerlukan pengukuhan asas dan aktiviti ulang kaji dalam bentuk yang lebih visual.